The Unlimited : Gitar Elektrik Dengan Speaker Terbina

Gitar ini berfungsi seperti gitar biasa tetapi yang membezakannya dengan gitar lain ialah terdapat speaker di dalam badan gitar tersebut. Kini, pemain gitar tidak perlu membawa bersama mereka speaker mudah alih memandangkan gitar itu sendiri mempunyai speaker terbina.

Yang menariknya , ia juga diintegrasikan bersama Iphone dan aplikasi untuk Android juga bakal hadir tidak lama lagi. Dengan integrasi ini,anda boleh menambah efek pada output musik anda seperti ‘distortion’, ‘delay’ dan ‘reverb’.

Antara fungsi lain aplikasi ini ialah bermain gitar sambil memain musik pilihan dari Iphone dan kebolehan untuk merakam lagu yang dimainkan. Gitar ini boleh bertahan sehingga 40 jam untuk sekali cas.

Gitar rekaan Andrew Penrose ini baru sahaja memulakan kutipan dana di laman Kickstarter dan harganya bermula $275 (±Rm1200 ) . Ianya  terdapat dalam warna hitam dan biru.


Kategori: Aksesori Iphone, Musik, Speaker | 274 views | Tags: , , , | Leave a comment

Tinggalkan Komen Anda

Required fields are marked *