I Pedelec : Basikal Elektrik Dari BMW
Jika dulu kami pernah berkongsi mengenai basikal elektrik keluaran Audi,kini pihak BMW juga turut tidak ketinggalan mengeluarkan konsep basikal elektrik keluaran mereka sendiri.
Basikal yang diberi nama i Pedelec ini dibina berdasarkan konsep kereta elektrik mereka iaitu BMW i3. Basikal ini dilengkapi dengan ‘disc brake’, badan daripada aluminium dan karbon, dan bateri ion yang mampu membawa penunggang sejauh 25km hingga 40km.
I pedelec ini juga boleh dilipat untuk kemudahan menyimpan di dalam kereta.Walaubagaimanapun, berat basikal ini yang mencecah 20kg mungkin tidak ringan bagi sebuah basikal.
Bila basikal ini akan dikeluarkan dan berapa harganya masih lagi tidak dinyatakan oleh pihak BMW
Sumber | BMW




Glowing Plants : Jadikan Tumbuhan disekeliling berlampu
WaterBeader : Jadikan Barang disekeliling Kalis Air
Siva Cycle Atom Generator : Cas Telefon Sambil Menunggang Basikal
Cookoo : Jam Analog Pintar
Polaroid Z2300 : Kamera Digital Segera Versi Kompak
Scentee : Kini Telefon Juga Boleh Mengeluarkan Bau
Katil Pintar OHEA : Katil Kemas Sendiri
Payung Terbalik [Konsep]